Sesi Penyerahan E-Waste
11 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniDua orang pelajar sekolah rendah telah hadir membawa barang-barang eletronik yang tidak boleh digunakan lagi untuk dijadikan sisa E-Waste pada 10 JULAI 2018 yang dikumpul oleh PI Padang Rengas. Antara peralatan yang telah dibawa seperti telefon bimbit, tetikus computer, pengecas telefon dan juga kabel USB. Pihak PI padang Rengas telah menyediakan satu kotak khas di kaunter untuk memudahkan pengunjung menyerahkan barangan yang sesuai dijadikan E-Waste.
Setiap pengunjung yang menyerahkan barangan E-Waste turut diberi sagu hati sebagai penghargaan atas usaha mereka menyokong kempen tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: